Portal JPedia

From J-Pedia
Jump to navigation Jump to search
Selamat datang ke Portal JPedia

Portal JPedia menyediakan platform bersepadu kepada warga
JKR Malaysia untuk mengakses pelbagai aset pengetahuan kritikal
organisasi bagi tujuan pembelajaran sepanjang hayat.

Bilangan artikel di Portal JPedia sehingga 27/07/2024: 1,390 artikel

Terkini @ Portal JPedia

Prosedur Operasi Piawai (SOP) Perolehan Perkhidmatan Perunding Utama (LC)

Anew.gif Dokumen Prosedur Operasi Piawai (SOP) Perolehan Perkhidmatan Perunding Utama (LC) telah disediakan sebagai panduan untuk perolehan perkhidmatan perunding utama (LC) ke atas projek rintis selaras dengan arahan melaksanakan projek rintis lantikan LC melalui surat Kementerian Kewangan rujukan MOF. BPK(S) 600-1/3/47(5) bertarikh 22 Januari 2019.

Draf SOP LC yang asal secara prinsip telah diluluskan oleh MOF melalui surat rujukan MOF.BPK(S)600-1/3/59(3) bertarikh 9 Oktober 2019 dan MOF.BPK(S)600-1/3/59(5) bertarikh 28 Januari 2020. SOP LC Tahun 2022 ini ditambahbaik berdasarkan kepada penemuan semasa melaksanakan 18 lantikan LC (termasuk 4 projek rintis) sehingga tahun 2022 dan diguna pakai sebagai panduan dalam melaksanakan perolehan LC bagi projek JKR Malaysia.

SOP ini hendaklah diguna pakai bagi projek yang melaksanakan perolehan perkhidmatan LC di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan. Skop SOP ini adalah dari peringkat perolehan sehingga akaun muktamad dikeluarkan. Perolehan perkhidmatan LC merupakan alternatif dan boleh dilaksanakan melalui tiga (3) kaedah tertakluk kepada nilai projek yang dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam PK3.

(Full article...)

Antara yang menarik...

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan

Anew.gif Pegawai yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan perlu mempunyai kompetensi yang bersesuaian dan seragam untuk menjamin mutu penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan. Sehingga kini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan di JKR bergantung hanya kepada pengetahuan, pengalaman, daya kreativiti dan kemahiran individu yang tiada disandarkan kepada mana-mana sistem atau model yang dapat membentuk ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan atau pemegang taruh.

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan berperanan sebagai serampang dua mata, iaitu sebagai garis panduan pembangunan kompetensi penyelidik dan juga pensijilan untuk penilaian kepakaran penyelidik dalam penyelidikan dan pembangunan. Model ini telah dibangunkan selari dengan Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR (JKR 29201-0009-18), iaitu menjadi peneraju penyelidikan dan inovasi yang bertaraf dunia di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dengan adanya model ini, pegawai-pegawai JKR yang layak dapat diberikan pentauliahan khusus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan selanjutnya, calon-calon Subject Matter Expert (SME) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dapat dikenal pasti dan diiktiraf dengan sewajarnya.

(Full article...)

Dokumen Terbaru @ Portal JPedia

Panduan Maklumat Kos Binaan JKR Bil. 1/2023 - Penyediaan Anggaran Kos Awalan

Anew.gif Pada lazimnya, perkhidmatan Juruukur Bahan dalam mana-mana pelaksanaan projek bermula dengan penyediaan anggaran Kos Awalan. Apabila ringkasan projek diterima daripada pihak pelanggan, biasanya Juruukur Bahan dikehendaki menyemak kecukupan peruntukan yang disediakan dan memberi nasihat yang sewajarnya. Untuk memainkan peranan sebagai penasihat kos di peringkat ini, Juruukur Bahan memerlukan alat bantuan bagi membolehkannya menyediakan anggaran Kos Awalan yang realistik dan memberi khidmat nasihat kos yang berkualiti.

Panduan Maklumat Kos Binaan JKR Bil. 1/2023 - Penyediaan Anggaran Kos Awalan merupakan salah satu daripada alat bantuan untuk penyediaan anggaran Kos Awalan. Ia diterbitkan untuk menyediakan panduan dan rujukan yang berguna kepada Juruukur Bahan. (Full article...)

Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek JKR

Anew.gif Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek JKR bertujuan memberi panduan mengaplikasikan penacgurusan risiko dalam pengurusan projek infrastruktur dan bangunan di JKR. la diwujudkan untuk memberi pendekatan yang sistematik dan proaktif untuk menganalisis dan mentaksirkan risiko projek yang dikenal pasti dalam kitar hayat projek. Proses pengurusan risiko juga membolehkan jabatan dapat mendokumentasikan senarai risiko dan kaedah rawatan bagi menjadikan lesson learnt, teladan dan nilai tambah dalam pelaksanaan projek.(Full article...)

Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding

Anew.gif Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding bertujuan memberi panduan mengenai tatacara perolehan dan pentadbiran kontrak bagi perkhidmatan perunding fizikal yang merangkumi bidang-bidang Arkitek, Kejuruteraan dan Ukur Bahan dan boleh dirujuk dengan kehendak sesuatu projek bagi mewujudkan tadbir urus yang baik dan teratur.

Buku ini mengandungi prosedur pengurusan perolehan perkhidmatan perunding dan pentadbiran kontrak perunding bagi pelaksanaan projek secara konvensional (perunding) dengan menggunakan Syarat-Syarat Kontrak P.W.D 203/203A (Rev. 1/2010). Projek-projek Kerajaan adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Perolehan Kerajaan (PK) semasa yang berkuatkuasa. (Full article...)

On this day...

Selamat datang ke Portal JPedia
Bilangan artikel @ Portal JPedia sehingga 27/07/2024: 1,390 artikel
Wiki Cost  : PLL wiki : Guides & Standards : Wiki Specs : PM Wiki : Wiki Green : CREaTE

senarai lengkap domain