Selamat datang ke Portal JPedia,
Bilangan artikel pengetahuan @ Portal JPedia sehingga sehingga 14/05/2025: 1,425 artikel
BIM wiki  : Corporate Wiki : ECKM wiki : WikiTAM : Forensic : Guides & Standards : Inovasi Wiki : Portal JCoP : PM Wiki : PLL wiki : CREaTE : VM wiki : Wiki Cost : WikiAset : WikiGreen : WikiNotes : WikiPapers : WikiResearch : WikiSpecs

Senarai lengkap domain


Terkini @ Portal JPedia

Garis Panduan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih

Anew.gif Dokumen Garis Panduan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih merupakan rujukan kepada agensi kerajaan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih (PPRATA) di bawah kawalan masing-masing bagi tempoh setiap lima (5) tahun. PPRATA juga perlu dipantau dan dikaji semula secara berkala bagi memastikan hala tuju strategik pengurusan aset tak alih kerajaan kekal relevan dengan persekitaran agensi.

Setiap aset yang dimiliki oleh agensi kerajaan perlulah diurus dengan sempurna melalui pengurusan aset yang sistematik dan strategik. Sehubungan itu, agensi bertanggungjawab untuk menyediakan aset yang sempurna serta berkualiti. Konsep pengurusan aset kerajaan melibatkan pelbagai disiplin, teknik, proses dan aktiviti termasuk pengurusan risiko. Antara faktor pengurusan aset yang berkesan adalah kemampuan untuk menggabungkan proses pengurusan aset, aktiviti dan data berteraskan kefungsian organisasi seperti kualiti, kewangan, keselamatan, risiko dan sumber manusia.

Salah satu strategi pelaksanaan agensi dalam menguruskan aset dengan lebih baik adalah dengan menerapkan pengurusan risiko aset bagi menangani sebarang kebarangkalian risiko pada setiap fasa dalam kitaran hayat aset. Pengurusan risiko merupakan pengurusan sokongan terhadap aktiviti utama dalam pengurusan aset bagi mencapai faedah aset yang optimum di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi. Agensi perlu merancang serta melaksanakan pengurusan risiko aset masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) Versi 2.0 dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) Versi 2.0.

(Full article...)

Antara yang menarik...

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan

Anew.gif Pegawai yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan perlu mempunyai kompetensi yang bersesuaian dan seragam untuk menjamin mutu penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan. Sehingga kini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan di JKR bergantung hanya kepada pengetahuan, pengalaman, daya kreativiti dan kemahiran individu yang tiada disandarkan kepada mana-mana sistem atau model yang dapat membentuk ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan atau pemegang taruh.

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan berperanan sebagai serampang dua mata, iaitu sebagai garis panduan pembangunan kompetensi penyelidik dan juga pensijilan untuk penilaian kepakaran penyelidik dalam penyelidikan dan pembangunan. Model ini telah dibangunkan selari dengan Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR (JKR 29201-0009-18), iaitu menjadi peneraju penyelidikan dan inovasi yang bertaraf dunia di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dengan adanya model ini, pegawai-pegawai JKR yang layak dapat diberikan pentauliahan khusus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan selanjutnya, calon-calon Subject Matter Expert (SME) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dapat dikenal pasti dan diiktiraf dengan sewajarnya.

(Full article...)

Other areas of ECKM

  • [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.