Featured article (Check back later for today's.)
|
Garis Panduan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih
Dokumen Garis Panduan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih merupakan rujukan kepada agensi kerajaan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih (PPRATA) di bawah kawalan masing-masing bagi tempoh setiap lima (5) tahun. PPRATA juga perlu dipantau dan dikaji semula secara berkala bagi memastikan hala tuju strategik pengurusan aset tak alih kerajaan kekal relevan dengan persekitaran agensi.
Setiap aset yang dimiliki oleh agensi kerajaan perlulah diurus dengan sempurna melalui pengurusan aset yang sistematik dan strategik. Sehubungan itu, agensi bertanggungjawab untuk menyediakan aset yang sempurna serta berkualiti. Konsep pengurusan aset kerajaan melibatkan pelbagai disiplin, teknik, proses dan aktiviti termasuk pengurusan risiko. Antara faktor pengurusan aset yang berkesan adalah kemampuan untuk menggabungkan proses pengurusan aset, aktiviti dan data berteraskan kefungsian organisasi seperti kualiti, kewangan, keselamatan, risiko dan sumber manusia.
Salah satu strategi pelaksanaan agensi dalam menguruskan aset dengan lebih baik adalah dengan menerapkan pengurusan risiko aset bagi menangani sebarang kebarangkalian risiko pada setiap fasa dalam kitaran hayat aset. Pengurusan risiko merupakan pengurusan sokongan terhadap aktiviti utama dalam pengurusan aset bagi mencapai faedah aset yang optimum di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi. Agensi perlu merancang serta melaksanakan pengurusan risiko aset masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) Versi 2.0 dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) Versi 2.0.
(Full article...)
|
|
Have you read...
|
Koleksi Teks Ucapan, Perutusan, Kata Aluan dan Talking Points JKR Malaysia Tahun 2023
Inisiatif mendokumentasikan teks ucapan adalah bertujuan sebagai bahan rujukan dalam membantu warga kerja jabatan untuk merangka, merencana dan mencorakkan informasi untuk dijadikan kandungan di dalam teks ucapan rasmi bagi majlis rasmi jabatan. Semoga dengan penerbitan Koleksi Teks Ucapan, Perutusan, Kata Aluan dan Talking Points JKR Malaysia Tahun 2023 , ia dapat membantu warga kerja jabatan dalam memahami dan menyusun atur kerangka teks ucapan agar
bersesuaian dengan tema mahupun konsep majlis.

In the news
|
|
On this day...
|
|
|