Frontpage

From J-Pedia
Jump to: navigation, search

Welcome to J-Pedia,

JPedia is an online encyclopedia made up of knowledge resources
collected and organized to promote knowledge sharing and support
continuous learning among JKR staff.

Tatacara Mengemaskini Kandungan Portal JPedia
Pengenalan kepada Domain Portal JPedia
.

Currently having 896 articles.

Featured Article

Penjadualan Kerja Fasa Pra-Pembinaan Bagi Projek Bangunan
Penjadualan Kerja Fasa Pra-Pembinaan Bagi Projek Bangunan

Penjadualan Kerja Fasa Pra-Pembinaan Bagi Projek Bangunan
Surat Arahan KPKR Bil. 25/2018 Penjadualan Kerja Fasa Pra-Pembinaan Bagi Projek Bangunan bertujuan untuk menambahbaik proses kerja fasa pra-pembinaan sebagaimana yang digariskan dalam Surat Arahan KPKR Bil. 17/2014 bertarikh 27 Oktober 2014 bagi projek banguna di Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan menetapkan tempoh pelaksanaan perancangan projek di peringkat pra-pembinaan.

Bagi meningkatkan kualiti sistem pengurusan projek, tempoh pelaksanaan projek JKR telah ditetapkan selaras dengan Piagam Pelanggan bertarikh 23 Disember 2017. Templat ini dibangunkan mengikut empat (4) jenis kaedah rekabentuk iaitu: Pre-Approved Plan, Konvensional Dalaman, Konvensional Perunding dan Reka dan Bina.

Semua Pengurus Program/Head of Project Team (HOPT) Sektor Bangunan di Ibu Pejabat JKR adalah diwajibkan untuk menggunakan Templat Penjadualan Kerja Pra-Pembinaan dalam membuat perancangan projek pembangunan di Cawangan Ibu Pejabat JKR atau JKR Negeri. Templat ini juga hendaklah dijadikan alat pemantauan pelaksanaan bagi setiap peringkat dalam fasa pra-pembinaan.

(Full article...)

Have You Read...

Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada
Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada

Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada memberikan panduan tentang metodologi pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian bangunan, di mana ianya cukup ringkas untuk digunakan oleh pegawai dalaman Jabatan Kerja Raya sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am Bab E Klausa 27 yang menyatakan bahawa JKR tanggungjawab untuk memeriksa bangunan Kerajaan setiap tahun.

Garis panduan ini juga adalah untuk membantu pasukan pemeriksa agar dapat melaksanakan pemeriksaan di tapak dengan mudah, konsisten, sistematik dan holistik. Prosedur yang tergaris dalam panduan ini meliputi aspek-aspek persediaan, perancangan, pelaksanaan, penarafan dan penyediaan laporan pemeriksaan.

Keputusan penarafan yang tepat dan boleh diterima dengan yakin bergantung kepada kekerapan penyenggaraan yang dilaksanakan. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilakukan untuk memastikan supaya penarafan yang dibuat dapat digunakan untuk membuat keputusan yang lebih komprehensif terutama ketika di peringkat perancangan kerja penyenggaraan sama ada jangka masa panjang atau pendek, penyediaan anggaran kos pembaikan atau penggantian serta bajet penyenggaraan yang lebih tepat.

Featured Knowledge Assets

Dasar Pengurusan Risiko JKR Malaysia
Dasar Pengurusan Risiko JKR Malaysia

Dasar Pengurusan Risiko JKR Malaysia menjelaskan hala tuju, prinsip, strategi dan prosedur pelaksanaan pengurusan risiko yang perlu dipatuhi oleh setiap JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dalam memastikan keberkesanan dan kejayaan dalam Pengurusan Risiko di JKR Malaysia. Ia turut menyatakan komitmen JKR Malaysia dalam pelaksanaan dan pembudayaan amalan pengurusan risiko di kalangan warga JKR.

Sistem Enterprise Risk Management (ERM) diperkenalkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan tujuan membantu mencapai misi dan visi JKR ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam pengurusan projek, pengurusan aset dan khidmat kejuruteraan dalam pembangunan infrastruktur negara melalui pengurusan risiko yang efisien. Dalam usaha menjayakan visi dan misi JKR, pelbagai risiko perlu diurus supaya pelan strategik Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pihak pengurusan atasan JKR telah menetapkan sistem Enterprise Risk Management dilaksanakan di semua peringkat organisasi untuk tujuan di atas. Dasar pengurusan risiko JKR diwujudkan dengan tujuan supaya hasrat dan komitmen pihak pengurusan atasan berhubung pengurusan risiko dapat diterjemah dan disebarkan untuk perhatian serta tindakan semua warga jabatan di pelbagai peringkat. Dasar ini juga merupakan dokumen penting dalam menggerakkan semua perancangan dan aktiviti pengurusan risiko dalam usaha membudayakan amalan pengurusan risiko di kalangan warga JKR.

(Full article...)

Recently featured:

On this day...

From today's featured list

The featured list for this day has not yet been chosen. The final selection is made by the featured list director.
You can submit new requests, or comment on current submissions at Wikipedia:Today's featured list/submissions. See Wikipedia:Today's featured list for full guidelines.

Other areas of ECKM

  • [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.