Portal JPedia

From J-Pedia
Revision as of 13:48, 25 February 2017 by KHAIRIL HIZAR BIN MD. KHUZAIMAH (talk | contribs) (Protected "Frontpage" ([Edit=Allow only administrators] (indefinite) [Move=Allow only administrators] (indefinite)))
Jump to navigation Jump to search
Welcome to J-Pedia,

J-pedia is an online encyclopedia made up of knowledge resources
collected and organized to promote knowledge sharing and support
continuous learning among JKR staff. All the articles or pages are
jointly created by JKR staff from various Branches (Cawangan JKR)
and States (JKR Negeri) who had undergone a short training
on the use of wiki.

Currently having 1,381 articles.

Featured article (Check back later for today's.)

Inspection and Testing Plan (ITP)

Anew.gif Dokumen Inspection and Testing Plan (ITP) merupakan dokumen rujukan yang digunakan untuk memastikan pelaksanaan pemeriksaan pengujian, pengujian bahan dan kaedah pemasangan kerja-kerja di tapak adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Aktiviti pemeriksaan dan pengujian di dalam ITP ini merangkumi semua aktiviti sebelum, semasa dan selepas (i.e: manufacturing, fabrication, construction and installation) bagi proses penzahiran sesuatu produk.

Bagi mematuhi prosedur kerja pembinaan JKR, ITP adalah salah satu dokumen penting yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor sebagaimana keperluan yang dinyatakan di dalam Pelan Pembinaan (Construction Plan, C-Plan) serta memerlukan kelulusan JKR sebelum sesi pengujian/pemeriksaan di tapak dilaksanakan. Oleh itu, ITP yang dibangunkan ini diharapkan dapat menjadi panduan dan membantu Pengawai Penguasa (PP) / Wakil Pegawai Penguasa (WPP), Pengarah Projek (PD) / Wakil Pengarah Projek (WPD) dan pasukan projek dalam menyemak dan meluluskan ITP yang disediakan oleh pihak kontraktor.

Dokumen ITP Edisi Tahun 2024 ini telah dibuat penambahbaikan oleh pasukan Subject Matter Expert (SME) masing-masing berdasarkan spesifikasi terkini jabatan yang mengandungi dua belas (12) bidang kerja utama dengan penambahan dua (2) bidang baharu iaitu Kerja Landasan dan Kerja Alam Sekitar. Bagi sepuluh bidang kerja utama sedia ada, pindaan input telah diintegrasikan berdasarkan pindaan terhadap dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan dengannya.

(Full article...)

Have you read...

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan

Anew.gif Pegawai yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan perlu mempunyai kompetensi yang bersesuaian dan seragam untuk menjamin mutu penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan. Sehingga kini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan di JKR bergantung hanya kepada pengetahuan, pengalaman, daya kreativiti dan kemahiran individu yang tiada disandarkan kepada mana-mana sistem atau model yang dapat membentuk ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan atau pemegang taruh.

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan berperanan sebagai serampang dua mata, iaitu sebagai garis panduan pembangunan kompetensi penyelidik dan juga pensijilan untuk penilaian kepakaran penyelidik dalam penyelidikan dan pembangunan. Model ini telah dibangunkan selari dengan Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR (JKR 29201-0009-18), iaitu menjadi peneraju penyelidikan dan inovasi yang bertaraf dunia di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dengan adanya model ini, pegawai-pegawai JKR yang layak dapat diberikan pentauliahan khusus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan selanjutnya, calon-calon Subject Matter Expert (SME) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dapat dikenal pasti dan diiktiraf dengan sewajarnya.

(Full article...)

In the news

Juan Manuel Santos in 2010
Juan Manuel Santos

On this day...


Other areas of ECKM

  • [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.