Frontpage

Welcome to J-Pedia,

JPedia is an online encyclopedia made up of knowledge resources
collected and organized to promote knowledge sharing and support
continuous learning among JKR staff.

Tatacara Mengemaskini Kandungan Portal JPedia
Pengenalan kepada Domain Portal JPedia
.

Currently having 874 articles.

Featured Article

Pelan Transformasi JKR 2016-2018
Pelan Transformasi JKR 2016-2018

Pelan Transformasi JKR 2016-2018 Dalam usaha kerajaan untuk mencapai Negara membangun berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kerajaan pimpinan Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengorak langkah dengan memperkenalkan agenda transformasi negara yang melibatkan transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.

Memetik kata-kata YB Perdana Menteri, “Penjawat awam adalah agen transformasi paling hadapan di antara rakyat dan Kerajaan. Kita perlu meneruskan usaha tanpa henti bagi memastikan proses transformasi ini berjalan lancar ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020,”.

Sebagai sebuah organisasi teknikal utama negara, JKR perlu mengembleng semangat dan usaha secara bersepadu dan tersusun dalam menjayakan hasrat dan aspirasi negara. Sejajar dengan Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), JKR telah merangka sebuah Pelan Transformasi dengan bermatlamatkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat.

KTPA telah menggariskan lima (5) teras strategik utama dalam usaha untuk menghasilkan lima (5) keberhasilan strategik bagi mendokong agenda transformasi negara; iaitu (1) mendaya upaya bakat, (2) merekayasa organisasi, (3) merakyatkan penyampaian perkhidmatan, (4) merangkum dan sepunya, (5) membudaya nilai. Melalui teras strategik ini, sebanyak 15 inisiatif strategik telah dipilih sebagai intipati kepada Pelan Transformasi JKR yang selari dengan Pelan Strategik JKR 2016-2020.

(Full article...)

Have You Read...

Featured Knowledge Assets

Collection of Articles In FB
Collection of Articles In FB

Collection of Articles In FB merupakan hasil nukilan perkongsian ilmu oleh YBhg. Dato’ Ir. Dr. Haji Hasnul bin Mohamad Salleh, mantan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) yang telah dikongsikan melalui laman Facebook beliau.

Koleksi artikel ini yang dibahagikan kepada 8 topik utama termasuk Project Management, Asset Management, Risk Management dan Change Management ditulis berdasarkan kepada pengalaman luas selama 34 tahun YBhg. Dato Ir. Dr. Haji Hasnul bertugas di pelbagai pejabat di antaranya Cawangan Kerja Tentera, Melaka, Cawangan Bekalan Air Ibu Pejabat JKR, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia.

(Full article...)

Recently featured:

On this day...


Other areas of ECKM

  • [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.