Difference between revisions of "Portal JPedia"

From J-Pedia
Jump to navigation Jump to search
Line 11: Line 11:

collected and organized to promote knowledge sharing and support

collected and organized to promote knowledge sharing and support

continuous learning among JKR staff.

continuous learning among JKR staff.

[http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/File:Tatacara_Memuat_Naik_Dokumen_di_JPedia.pptx '''Tatacara Mengemaskini Maklumat di Portal JPedia''']

[http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/File:Tatacara_Memuat_Naik_Dokumen_di_JPedia.pptx '''Tatacara Mengemaskini Maklumat di Portal JPedia''']  [http://jpedia.jkr.gov.my/index.php/File:JPedia_Domain.pdf '''Pengenalan kepada domain di Portal JPedia''']

Revision as of 18:07, 8 July 2018

Welcome to J-Pedia,

JPedia is an online encyclopedia made up of knowledge resources
collected and organized to promote knowledge sharing and support
continuous learning among JKR staff.

Tatacara Mengemaskini Maklumat di Portal JPedia Pengenalan kepada domain di Portal JPedia

Currently having 1,381 articles.

Featured Article

Inspection and Testing Plan (ITP)

Anew.gif Dokumen Inspection and Testing Plan (ITP) merupakan dokumen rujukan yang digunakan untuk memastikan pelaksanaan pemeriksaan pengujian, pengujian bahan dan kaedah pemasangan kerja-kerja di tapak adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Aktiviti pemeriksaan dan pengujian di dalam ITP ini merangkumi semua aktiviti sebelum, semasa dan selepas (i.e: manufacturing, fabrication, construction and installation) bagi proses penzahiran sesuatu produk.

Bagi mematuhi prosedur kerja pembinaan JKR, ITP adalah salah satu dokumen penting yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor sebagaimana keperluan yang dinyatakan di dalam Pelan Pembinaan (Construction Plan, C-Plan) serta memerlukan kelulusan JKR sebelum sesi pengujian/pemeriksaan di tapak dilaksanakan. Oleh itu, ITP yang dibangunkan ini diharapkan dapat menjadi panduan dan membantu Pengawai Penguasa (PP) / Wakil Pegawai Penguasa (WPP), Pengarah Projek (PD) / Wakil Pengarah Projek (WPD) dan pasukan projek dalam menyemak dan meluluskan ITP yang disediakan oleh pihak kontraktor.

Dokumen ITP Edisi Tahun 2024 ini telah dibuat penambahbaikan oleh pasukan Subject Matter Expert (SME) masing-masing berdasarkan spesifikasi terkini jabatan yang mengandungi dua belas (12) bidang kerja utama dengan penambahan dua (2) bidang baharu iaitu Kerja Landasan dan Kerja Alam Sekitar. Bagi sepuluh bidang kerja utama sedia ada, pindaan input telah diintegrasikan berdasarkan pindaan terhadap dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan dengannya.

(Full article...)

Have You Read...

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan

Anew.gif Pegawai yang menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan perlu mempunyai kompetensi yang bersesuaian dan seragam untuk menjamin mutu penyelidikan dan pembangunan yang dilaksanakan. Sehingga kini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan di JKR bergantung hanya kepada pengetahuan, pengalaman, daya kreativiti dan kemahiran individu yang tiada disandarkan kepada mana-mana sistem atau model yang dapat membentuk ekosistem penyelidikan dan pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada pihak yang berkepentingan atau pemegang taruh.

Model Kompetensi dan Kamus Penyelidikan dan Pembangunan berperanan sebagai serampang dua mata, iaitu sebagai garis panduan pembangunan kompetensi penyelidik dan juga pensijilan untuk penilaian kepakaran penyelidik dalam penyelidikan dan pembangunan. Model ini telah dibangunkan selari dengan Dasar Penyelidikan dan Inovasi JKR (JKR 29201-0009-18), iaitu menjadi peneraju penyelidikan dan inovasi yang bertaraf dunia di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Dengan adanya model ini, pegawai-pegawai JKR yang layak dapat diberikan pentauliahan khusus dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan selanjutnya, calon-calon Subject Matter Expert (SME) dalam bidang penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dapat dikenal pasti dan diiktiraf dengan sewajarnya.

(Full article...)

Featured Knowledge Assets

Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek JKR

Anew.gif Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek JKR bertujuan memberi panduan mengaplikasikan pengurusan risiko dalam pengurusan projek infrastruktur dan bangunan di JKR. la diwujudkan untuk memberi pendekatan yang sistematik dan proaktif untuk menganalisis dan mentaksirkan risiko projek yang dikenal pasti dalam kitar hayat projek. Proses pengurusan risiko juga membolehkan jabatan dapat mendokumentasikan senarai risiko dan kaedah rawatan bagi menjadikan lesson learnt, teladan dan nilai tambah dalam pelaksanaan projek.(Full article...)

Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding

Anew.gif Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding bertujuan memberi panduan mengenai tatacara perolehan dan pentadbiran kontrak bagi perkhidmatan perunding fizikal yang merangkumi bidang-bidang Arkitek, Kejuruteraan dan Ukur Bahan dan boleh dirujuk dengan kehendak sesuatu projek bagi mewujudkan tadbir urus yang baik dan teratur.

Buku ini mengandungi prosedur pengurusan perolehan perkhidmatan perunding dan pentadbiran kontrak perunding bagi pelaksanaan projek secara konvensional (perunding) dengan menggunakan Syarat-Syarat Kontrak P.W.D 203/203A (Rev. 1/2010). Projek-projek Kerajaan adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Perolehan Kerajaan (PK) semasa yang berkuatkuasa. (Full article...)

Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam dan Bangunan Tahun 2023

Anew.gif Jadual Kadar Harga Kejuruteraan Awam dan Bangunan Tahun 2023 Kadar-kadar harga di dalam Jadual Kadar Harga ini hendaklah digunakan untuk perkiraan kos bagi kerja-kerja yang dijalankan secara undi. la tidak sekali-kali boleh digunakan untuk mengira harga bagi Kerja-kerja Perubahan di dalam mana-mana kontrak yang berasaskan Senarai Kuantiti atau Pelan dan Spesifikasi. Jika terdapat butir-butir kerja yang kadarnya tidak terdapat di dalam Jadual Kadar Harga ini, harga persetujuan bolehlah digunakan dengan syarat jumlah nilai ke|rja berasaskan harga persetujuan ini tidak melebihi 30% daripada harga asal 'Requisition’ (harga asal ini tidak termasuk harga yang berasaskan harga persetujuan). Jika harga persetujuan ini melebihi 30% daripada harga asal 'Requisition’, kerja ini hendaklah dipanggil secara sebutharga. Kadar-kadar harga ini adalah berasaskan nilai kerja-kerja di kawasan Kuala Lumpur dan adalah tertakluk kepada tambahan peratusan di perenggan 1.2 sekiranya kerja-kerja dijalankan di kawasan lain di Malaysia. (Full article...)

On this day...

Other areas of ECKM

• [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.