Frontpage

From J-Pedia
(Redirected from Main Page)
Jump to: navigation, search

Welcome to J-Pedia,

JPedia is an online encyclopedia made up of knowledge resources
collected and organized to promote knowledge sharing and support
continuous learning among JKR staff.

Tatacara Mengemaskini Kandungan Portal JPedia
Pengenalan kepada Domain Portal JPedia
.

Currently having 870 articles.

Featured Article

Laporan Pengauditan Keselamatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur
Laporan Pengauditan Keselamatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur

Laporan Pengauditan Keselamatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan telah menubuhkan satu pasukan audit bagi menjalankan Audit Keselamatan Kebakaran (AKK) bagi fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berusia melebihi 50 tahun dan Bahagian Pakar Forensik, Bunyi dan Senggara, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah ditugaskan sebagai Ahli Pasukan Audit untuk zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Audit Keselamatan Kebakaran ini dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyemak tahap kesiapsiagaan di fasiliti Kesihatan susulan dari bencana kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu pada 25 Oktober 2016. Laporan Audit Keselamatan Kebakaran ini disediakan untuk digunapakai oleh Fasiliti Kesihatan yang diaudit bagi menambahbaik tahap kesiapsiagaan kebakaran premis tersebut.

Hospital Kuala Lumpur mempunyai blok bangunan yang telah melebihi 50 tahun. Hospital ini telah dibina pada tahun 1870 dan sekarang terdiri daripada 12 blok utama yang menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kesihatan. Pemeriksaan bersama oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan pada 16 dan 17 November 2016. Audit oleh Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE), Ibu Pejabat JKR telah diadakan pada 20 Disember 2016 manakala audit oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM), Ibu Pejabat JKR dan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ibu Pejabat JKR bersama pihak HKL dan syarikat konsesi Radicare telah diadakan pada 18 & 19 April 2017.

(Full article...)

Have You Read...

Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada
Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada

Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada memberikan panduan tentang metodologi pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian bangunan, di mana ianya cukup ringkas untuk digunakan oleh pegawai dalaman Jabatan Kerja Raya sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am Bab E Klausa 27 yang menyatakan bahawa JKR tanggungjawab untuk memeriksa bangunan Kerajaan setiap tahun.

Garis panduan ini juga adalah untuk membantu pasukan pemeriksa agar dapat melaksanakan pemeriksaan di tapak dengan mudah, konsisten, sistematik dan holistik. Prosedur yang tergaris dalam panduan ini meliputi aspek-aspek persediaan, perancangan, pelaksanaan, penarafan dan penyediaan laporan pemeriksaan.

Keputusan penarafan yang tepat dan boleh diterima dengan yakin bergantung kepada kekerapan penyenggaraan yang dilaksanakan. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilakukan untuk memastikan supaya penarafan yang dibuat dapat digunakan untuk membuat keputusan yang lebih komprehensif terutama ketika di peringkat perancangan kerja penyenggaraan sama ada jangka masa panjang atau pendek, penyediaan anggaran kos pembaikan atau penggantian serta bajet penyenggaraan yang lebih tepat.

Featured Knowledge Assets

Buku Panduan Pengurusan Projek Jabatan Kerja Raya
Buku Panduan Pengurusan Projek Jabatan Kerja Raya

Buku Panduan Pengurusan Projek Jabatan Kerja Raya merupakan sebuah dokumen rujukan di peringkat jabatan. Dokumen ini menjelaskan kaedah pelaksanaan projek secara keseluruhan di dalam sesebuah projek JKR dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat. Dengan adanya buku panduan ini, diharapkan pengurusan projek dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dalam pasukan projek JKR.

Adalah diharapkan isi kandungan dokumen ini dapat memberi kefahaman, pengetahuan dan maklumat berguna kepada semua pihak dalam memberi  nilai  tambah kepada sistem penyampaian projek. Dokumen ini adalah terpakai untuk semua kaedah pelaksanaan projek JKR.  Penggunaan dokumen ini juga adalah selari dengan amalan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR yang berkaitan. Penambahbaikan dokumen perlu dilaksanakan secara berterusan pada masa akan datang untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa.

(Full article...)

Recently featured:

On this day...


Other areas of ECKM

  • [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.