Frontpage

From J-Pedia
Jump to: navigation, search

Welcome to J-Pedia,

JPedia is an online encyclopedia made up of knowledge resources
collected and organized to promote knowledge sharing and support
continuous learning among JKR staff.

Tatacara Mengemaskini Kandungan Portal JPedia
Pengenalan kepada Domain Portal JPedia
.

Currently having 952 articles.

Featured Article

Guidelines On Indoor Environmental Quality (IEQ) For Government Office Building
Guidelines On Indoor Environmental Quality (IEQ) For Government Office Building

Guidelines On Indoor Environmental Quality (IEQ) For Government Office Building dibangunkan secara bersama oleh Ahli Jawatankuasa Kerja terdiri dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktrur dan Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Senggara, dan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan.

Dokumen ini menggariskan kehendak dan keperluan Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) bagi projek-projek baru, ubahsuai, naiktaraf; yang merangkumi fasa rekabentuk, pembinaan, dan operasi & penyenggaraan. Dokumen ini memberi panduan untuk meningkatkan kualiti persekitaran dalaman bagi bangunan pejabat kerajaan yang berhawa dingin dengan menepati pelbagai kehendak piawai.

Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) adalah merujuk kepada sifat atau corak udara dan sekitaran yang menyumbang kepada kesihatan dan keselesaan penghuni di dalam bangunan pejabat. Faktor yang mempengaruhi Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) adalah seperti kualiti udara dalaman, keselesaan thermal, kelembapan, kadar pengudaraan, keselesaan akustik dan kualiti pencahayaan.

Objektif utama perlaksanaan Kualiti Persekitaran Dalaman (IEQ) adalah untuk memastikan persekitaran di dalam bangunan pejabat sentiasa dapat memberikan keselesaan dan kesihatan kepada penghuni. Kualiti persekitaran dalaman yang baik dapat mengelakkan 'sick building syndome' daripada berlaku. Kualiti persekitaran dalaman yang baik secara tidak langsung akan membantu meningkatkan prestasi, produktiviti dan keseronokan penghuni di tempat kerja tersebut.

(Full article...)

Have You Read...

Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada
Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada

Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada memberikan panduan tentang metodologi pelaksanaan pemeriksaan dan penilaian bangunan, di mana ianya cukup ringkas untuk digunakan oleh pegawai dalaman Jabatan Kerja Raya sepertimana yang termaktub dalam Perintah Am Bab E Klausa 27 yang menyatakan bahawa JKR tanggungjawab untuk memeriksa bangunan Kerajaan setiap tahun.

Garis panduan ini juga adalah untuk membantu pasukan pemeriksa agar dapat melaksanakan pemeriksaan di tapak dengan mudah, konsisten, sistematik dan holistik. Prosedur yang tergaris dalam panduan ini meliputi aspek-aspek persediaan, perancangan, pelaksanaan, penarafan dan penyediaan laporan pemeriksaan.

Keputusan penarafan yang tepat dan boleh diterima dengan yakin bergantung kepada kekerapan penyenggaraan yang dilaksanakan. Langkah-langkah yang sewajarnya perlu dilakukan untuk memastikan supaya penarafan yang dibuat dapat digunakan untuk membuat keputusan yang lebih komprehensif terutama ketika di peringkat perancangan kerja penyenggaraan sama ada jangka masa panjang atau pendek, penyediaan anggaran kos pembaikan atau penggantian serta bajet penyenggaraan yang lebih tepat.

Featured Knowledge Assets

Dasar Pengurusan Risiko JKR Malaysia
Dasar Pengurusan Risiko JKR Malaysia

Dasar Pengurusan Risiko JKR Malaysia menjelaskan hala tuju, prinsip, strategi dan prosedur pelaksanaan pengurusan risiko yang perlu dipatuhi oleh setiap JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dalam memastikan keberkesanan dan kejayaan dalam Pengurusan Risiko di JKR Malaysia. Ia turut menyatakan komitmen JKR Malaysia dalam pelaksanaan dan pembudayaan amalan pengurusan risiko di kalangan warga JKR.

Sistem Enterprise Risk Management (ERM) diperkenalkan di Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan tujuan membantu mencapai misi dan visi JKR ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan dalam pengurusan projek, pengurusan aset dan khidmat kejuruteraan dalam pembangunan infrastruktur negara melalui pengurusan risiko yang efisien. Dalam usaha menjayakan visi dan misi JKR, pelbagai risiko perlu diurus supaya pelan strategik Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Pihak pengurusan atasan JKR telah menetapkan sistem Enterprise Risk Management dilaksanakan di semua peringkat organisasi untuk tujuan di atas. Dasar pengurusan risiko JKR diwujudkan dengan tujuan supaya hasrat dan komitmen pihak pengurusan atasan berhubung pengurusan risiko dapat diterjemah dan disebarkan untuk perhatian serta tindakan semua warga jabatan di pelbagai peringkat. Dasar ini juga merupakan dokumen penting dalam menggerakkan semua perancangan dan aktiviti pengurusan risiko dalam usaha membudayakan amalan pengurusan risiko di kalangan warga JKR.

(Full article...)

Recently featured:

On this day...


Other areas of ECKM

  • [Community of Practice] – The purpose of JCoP is to cultivate a ‘guided’ knowledge sharing environment in an organization.