Portal JPedia

From J-Pedia
(Redirected from Main Page)
Jump to navigation Jump to search
Selamat datang ke Portal JPedia

Portal JPedia menyediakan platform bersepadu kepada warga
JKR Malaysia untuk mengakses pelbagai aset pengetahuan kritikal
organisasi bagi tujuan pembelajaran sepanjang hayat.

Bilangan artikel di Portal JPedia sehingga 30/12/2024: 1,407 artikel

Terkini @ Portal JPedia

Garis Panduan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih

Anew.gif Dokumen Garis Panduan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih merupakan rujukan kepada agensi kerajaan untuk menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Aset Tak Alih (PPRATA) di bawah kawalan masing-masing bagi tempoh setiap lima (5) tahun. PPRATA juga perlu dipantau dan dikaji semula secara berkala bagi memastikan hala tuju strategik pengurusan aset tak alih kerajaan kekal relevan dengan persekitaran agensi.

Setiap aset yang dimiliki oleh agensi kerajaan perlulah diurus dengan sempurna melalui pengurusan aset yang sistematik dan strategik. Sehubungan itu, agensi bertanggungjawab untuk menyediakan aset yang sempurna serta berkualiti. Konsep pengurusan aset kerajaan melibatkan pelbagai disiplin, teknik, proses dan aktiviti termasuk pengurusan risiko. Antara faktor pengurusan aset yang berkesan adalah kemampuan untuk menggabungkan proses pengurusan aset, aktiviti dan data berteraskan kefungsian organisasi seperti kualiti, kewangan, keselamatan, risiko dan sumber manusia.

Salah satu strategi pelaksanaan agensi dalam menguruskan aset dengan lebih baik adalah dengan menerapkan pengurusan risiko aset bagi menangani sebarang kebarangkalian risiko pada setiap fasa dalam kitaran hayat aset. Pengurusan risiko merupakan pengurusan sokongan terhadap aktiviti utama dalam pengurusan aset bagi mencapai faedah aset yang optimum di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi. Agensi perlu merancang serta melaksanakan pengurusan risiko aset masing-masing sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) Versi 2.0 dan Manual Pengurusan Aset Menyeluruh (MPAM) Versi 2.0.

(Full article...)

Antara yang menarik...

Koleksi Teks Ucapan, Perutusan, Kata Aluan dan Talking Points JKR Malaysia Tahun 2023

Anew.gif Inisiatif mendokumentasikan teks ucapan adalah bertujuan sebagai bahan rujukan dalam membantu warga kerja jabatan untuk merangka, merencana dan mencorakkan informasi untuk dijadikan kandungan di dalam teks ucapan rasmi bagi majlis rasmi jabatan. Semoga dengan penerbitan Koleksi Teks Ucapan, Perutusan, Kata Aluan dan Talking Points JKR Malaysia Tahun 2023 , ia dapat membantu warga kerja jabatan dalam memahami dan menyusun atur kerangka teks ucapan agar bersesuaian dengan tema mahupun konsep majlis.

Inisiatif mendokumentasikan teks ucapan adalah bertujuan sebagai bahan rujukan dalam membantu warga kerja jabatan untuk merangka, merencana dan mencorakkan informasi untuk dijadikan kandungan di dalam teks ucapan rasmi bagi majlis rasmi jabatan. Semoga dengan penerbitan Koleksi Teks Ucapan, Perutusan, Kata Aluan dan Talking Points JKR Malaysia Tahun 2023 , ia dapat membantu warga kerja jabatan dalam memahami dan menyusun atur kerangka teks ucapan agar bersesuaian dengan tema mahupun konsep majlis.

(Full article...)

Dokumen Terbaru @ Portal JPedia

Panduan Maklumat Kos Binaan JKR Bil. 1/2023 - Penyediaan Anggaran Kos Awalan

Anew.gif Pada lazimnya, perkhidmatan Juruukur Bahan dalam mana-mana pelaksanaan projek bermula dengan penyediaan anggaran Kos Awalan. Apabila ringkasan projek diterima daripada pihak pelanggan, biasanya Juruukur Bahan dikehendaki menyemak kecukupan peruntukan yang disediakan dan memberi nasihat yang sewajarnya. Untuk memainkan peranan sebagai penasihat kos di peringkat ini, Juruukur Bahan memerlukan alat bantuan bagi membolehkannya menyediakan anggaran Kos Awalan yang realistik dan memberi khidmat nasihat kos yang berkualiti.

Panduan Maklumat Kos Binaan JKR Bil. 1/2023 - Penyediaan Anggaran Kos Awalan merupakan salah satu daripada alat bantuan untuk penyediaan anggaran Kos Awalan. Ia diterbitkan untuk menyediakan panduan dan rujukan yang berguna kepada Juruukur Bahan. (Full article...)

Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek JKR

Anew.gif Garis Panduan Pengurusan Risiko Projek JKR bertujuan memberi panduan mengaplikasikan penacgurusan risiko dalam pengurusan projek infrastruktur dan bangunan di JKR. la diwujudkan untuk memberi pendekatan yang sistematik dan proaktif untuk menganalisis dan mentaksirkan risiko projek yang dikenal pasti dalam kitar hayat projek. Proses pengurusan risiko juga membolehkan jabatan dapat mendokumentasikan senarai risiko dan kaedah rawatan bagi menjadikan lesson learnt, teladan dan nilai tambah dalam pelaksanaan projek.(Full article...)

Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding

Anew.gif Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Perkhidmatan Perunding bertujuan memberi panduan mengenai tatacara perolehan dan pentadbiran kontrak bagi perkhidmatan perunding fizikal yang merangkumi bidang-bidang Arkitek, Kejuruteraan dan Ukur Bahan dan boleh dirujuk dengan kehendak sesuatu projek bagi mewujudkan tadbir urus yang baik dan teratur.

Buku ini mengandungi prosedur pengurusan perolehan perkhidmatan perunding dan pentadbiran kontrak perunding bagi pelaksanaan projek secara konvensional (perunding) dengan menggunakan Syarat-Syarat Kontrak P.W.D 203/203A (Rev. 1/2010). Projek-projek Kerajaan adalah tertakluk kepada Arahan Perbendaharaan (AP), Pekeliling Perbendaharaan (PP) dan Perolehan Kerajaan (PK) semasa yang berkuatkuasa. (Full article...)

On this day...

From today's featured list

The featured list for this day has not yet been chosen. The final selection is made by the featured list director.
You can submit new requests, or comment on current submissions at Wikipedia:Today's featured list/submissions. See Wikipedia:Today's featured list for full guidelines.
Selamat datang ke Portal JPedia
Bilangan artikel @ Portal JPedia sehingga 30/12/2024: 1,407 artikel
Wiki Cost  : PLL wiki : Guides & Standards : Wiki Specs : PM Wiki : Wiki Green : CREaTE

senarai lengkap domain